
Sunday, April 4, 2010
Saturday, April 3, 2010
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya



Walaupun kadar literasi rakyat Malaysia tinggi iaitu 92 peratus tetapi secara purata rakyat negara ini hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 ini hanya melibatkan responden yang membaca untuk hobi dan rekreasi sahaja. Tidak termasuk responden yang membaca buku teks dan bahan rujukan untuk peperiksaan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, olahan semula terhadap kajian tersebut mendapati rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas membaca antara lapan hingga 12 buah buku setahun. Bagaimanapun, katanya, amalan ini perlu terus dibudayakan supaya terus sebati dan berakar umbi dalam diri setiap individu.
"Proses ini memakan masa dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk syarikat-syarikat korporat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rais berkata, sumbangan syarikat korporat tersebut amat penting demi menjana ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan yang berpaksikan kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang inovatif.
"Melalui sumbangan sektor swasta, bilangan perpustakaan desa juga boleh ditambah," jelasnya.
"Melalui sumbangan sektor swasta, bilangan perpustakaan desa juga boleh ditambah," jelasnya.
Ketika ini jumlah perpustakaan desa adalah 1,089 buah di seluruh negara.
Kerajaan, tambah Rais, turut memberi pelepasan cukai pendapatan atas pembelian bahan bacaan.
Kerajaan, tambah Rais, turut memberi pelepasan cukai pendapatan atas pembelian bahan bacaan.
"Insentif ini bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk membaca dan membeli buku, seterusnya membantu mengembangkan industri penerbitan," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar menjelaskan, objektif program Mari Membaca 1Malaysia adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca dijalankan secara berterusan bagi membolehkan masyarakat mengamalkan tabiat membaca sebagai gaya hidup.
Menurut beliau, golongan sasar adalah pelajar sekolah, penuntut universiti, penjawat awam/swasta, ibu bapa daripada semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak tidak kira sama ada di bandar atau luar bandar.
"PNM menggariskan empat strategi untuk mencapai matlamt program ini iaitu menjalin kolaborasi, memperkasa prasarana, memperkasa kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan menggerakkan secara proaktif badan-badan sukarelawan," jelasnya.
Pertama, PNM akan berkolaborasi dengan jentera kerajaan di peringkat negeri dan daerah. Manakala kolaborasi dengan sektor swasta bersifat bantuan kewangan seperti penajaan, pembiayaan dan sumbangan dalam aktiviti yang diadakan.
Kedua, PNM akan membina lebih banyak perpustakaan desa, memperbanyakkan sudut bacaan di tempat tumpuan umum. Misalnya di kompleks membeli belah dan perhentian bas supaya orang ramai boleh mengisi masa terluang dengan membaca buku yang disediakan.
Ketiga, bagi memenuhi keperluan golongan kanak-kanak dan remaja yang lebih 'mesra' dengan perkhidmatan atas talian, PNM akan memantapkan aplikasi ICT dalam perkhidmatannya. Pendekatan konsep siber ini diharap dapat menarik minat golongan itu untuk mendampingi perpustakaan dan seterusnya menyuburkan budaya membaca dalam kalangan mereka.
Keempat, memanfaatkan pertubuhan sukarela yang sedia ada seperti Kelab Sinar Pintar untuk menggerakkan proram mari membaca ini. Kelab tersebut mempunyai 11,000 ahli dan 1,500 mentor di seluruh negara. Dengan itu program membaca boleh dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berterusan.
Program mari Membaca telah diperkenalkan pada 1995 agar ia menjadi agenda sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif kepada rakyat Malaysia.
Bahasa Melayu Bertaraf Dunia

Tertera dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Jelas, bahasa Melayu adalah bahasa utama dan teragung dalam konteks negara Malaysia dari dahulu sehingga sekarang.
Hujah ini sebenarnya sudah boleh menyangkal beberapa pendapat dan kekeliruan mengenai penggunaan istilah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia. Dalam isu ini, kita lebih tertarik untuk mengguna pakai istilah bahasa Melayu yang menggambarkan kehormatan kita terhadap Perlembagaan Malaysia dan pengamalan kita dalam berbahasa.
Bagaimanapun, isu yang ingin diutarakan di sini ialah perihal penggunaan bahasa Melayu dalam memartabatkannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia.
Bagaimanapun, isu yang ingin diutarakan di sini ialah perihal penggunaan bahasa Melayu dalam memartabatkannya sehingga ke peringkat antarabangsa. Pada 5 Mac 2010 lalu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan jayanya menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri di Putrajaya. Ia telah mengumpulkan 56 peserta dari 51 buah negara seluruh dunia.
Apa yang harus dibanggakan di sini ialah bukan penganjurannya tetapi penyertaan dan kepetahan para peserta dalam menyusun ayat dan irama dalam berbahasa Melayu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau juga menyatakan telah menggesa seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) melalui Jabatan Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa.
Beliau juga menyatakan telah menggesa seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) melalui Jabatan Bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dengan pelbagai kemudahan, peluang, ruang dan sokongan yang mantap dari pelbagai sudut, saya berpendapat IPTA/IPTS mampu menjadikan hasrat kerajaan Malaysia, dan mungkin hasrat seluruh rakyat Malaysia, menjadi kenyataan. Ditambah pula dengan kepakaran dan kelengkapan bahan yang sedia ada dalam setiap Jabatan Bahasa Melayu di IPTA/IPTS, pemerkasaan bahasa Melayu sehingga melonjak ke peringkat antarabangsa mampu membawa bahasa ini setaraf dengan bahasa utama dunia.
Penulis yakin dan percaya, dengan adanya iltizam iaitu keterlibatan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya sektor awam dan swasta menerusi aktiviti formal, mampu meningkatkan kecintaan dalam penggunaan bahasa Melayu. Dengan semangat iltizam yang kuat daripada penutur natif, terutamanya di Malaysia bersama-sama sokongan kerajaan dan kepakaran IPTA/IPTS, bahasa Melayu akan mampu dilonjakkan sebagai bahasa terulung di persada antarabangsa.
Skop kedua ialah sikap istiqamah atau berterusan dalam menggunakan bahasa Melayu tidak kira dalam apa jua konteks perhubungan dan jalur masa, menjadikan bahasa Melayu itu sebagai alat perhubungan yang penting pada masa kini. Perkara ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu terkenal di seluruh masyarakat dunia, terutama dalam perhubungan antara negara.
Realitinya, bahasa Melayu kini bukanlah sekadar bahasa picisan yang tiada nilai ekonominya. Hal ini kerana telah terbukti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya universiti yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan pernah diiktiraf sebagai universiti pertama terbaik Malaysia serta universiti ke-51 terbaik Asia.
Menerusi penganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang bersungguh-sungguh dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu warisan zaman ke peringkat global.
Namun, mampukah bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat dunia rentas sempadan menerima bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka?
Namun, mampukah bahasa Melayu kekal sebagai warisan zaman dan adakah masyarakat dunia rentas sempadan menerima bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka?
Sumber: Forum Utusan Malaysia 9 Mac 2010
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)