Wednesday, March 31, 2010

BENGKEL ADD

Perjumpaan kedua PBM pada 31 Mac 2010(Rabu) telah dijalankan Bengkel ADD dimana media yang digunakan ialah sisipan akhbar Berita Harian iaitu SKOR & MINDA. Kesemua ahli PBM telah menghasilkan bahan bacaan berbentuk akademik sebagai bahan pembelajaran. Penggunaan Akhbar Dalam Darjah (ADD) bukan saja memberi alternatif kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya banyak menyediakan maklumat tambahan yang boleh diaplikasi pelajar. Akhbar Berita Harian menyediakan alternatif kepada guru melalui sisipan Didik, Minda dan Skor yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Malahan diakui bahawa sisipan berkenaan banyak membantu melalui teknik mengajar mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Sunday, March 14, 2010

Pelancaran Blog PBM SMK Kampar

Encik Taib Khan b Mydin Sathak ( PK Kokurikulum )

Majlis Pelancaran Blog PBM SMK Kampar akan diadakan pada perjumpaan kedua PBM bulan April (tarikh akan ditentukan kemudian) oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Taib Khan b Mydin Sathak. Semoga ia menjadi pencetus minda ahli untuk terus berkarya melalui blog ini disamping menjadi pengunjung pejuang wacana Bahasa Melayu. Ini adalah blog pertama seumpamanya di sekolah ini.

Saturday, March 13, 2010

Takwim 2010

1. Pendaftaran Keahlian & Mesyuarat Agung PBM 2010.
2. Majlis Pelancaran Blog PBM SMK Kampar
3. Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan Siri 1
4. Bengkel KOMSAS
5. Minggu Bahasa Jiwa Bangsa
6. Peraduan Menulis Mutiara Kata (Hari Guru)
7. Peraduan Menulis Mutiara Kata ( Hari Kebangsaan )
8. Kursus Pengurusan Kelab & Persatuan Siri 2
9.Bengkel Penulisan Kertas Projek
10.Lawatan ke Melaka Bandar Bersejarah
11.Akhbar Dalam Darjah (ADD)
12.Sesi Tayangan Debat/Forum Remaja
13.Bengkel Kemahiran Belajar

Pendaftaran Keahlian PBM Sesi 2010


Pendaftaran keahlian Persatuan Bahasa Melayu (PBM) 2010 SMK Kampar telah diadakan pada 3 Mac yang lalu. Seramai 30 orang pelajar telah mendaftar. Sebagai aktiviti pertama, lantikan AJK Sesi 2010 telah dijalankan disamping aktiviti Akhbar Dalam Darjah (ADD) sebagai wahana untuk melestarikan penggunaan akhbar sebagai bahan pembelajaran di sekolah. Guru penasihat dalam PBM ialah Cikgu Mohd Kamal, Cikgu Edy Yusman, dan Cikgu Shukri. Adalah diharapkan agar perancangan PBM tahun 2010 ini akan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan takwim.
AHLI JAWATANKUASA PBM SESI 2010
PENAUNG
Tuan Haji Mohd Ismail b Ibrahim (Pengetua)
PENASIHAT
Encik Taib Khan b Mydin Sathak (PK Koko)
PENYELARAS
Puan Haryani bt Mamat ( Penyelaras Kelab & Persatuan )
PENGERUSI
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KECIL

Membudaya Amalan Membaca